Pengikut

Iklan jom.....

Sabtu, 11 Mei 2013

Seorang Guru Pelatih dan SELAMAT HARI GURU =)

Iyaaa...aku seorang guru pelatih dan bangga dengan gelaran itu..aku belajar kat Institut Pendidikan Guru Kampus ehem2...(biarlah rahsia)haha...well...selalu gak aku dengar orang cakap student kt ipg ni anak emas kementerian pelajaran la and so on...TAPI....tau tak korang bahawa live guru pelatih kt IPG ni x sama cam korang..ok example..kitorang kena cukupkan kredit hour kalau x ckup x blh masuk exam and kalau x datang kelas even 1 hari pun tnpa sebab akan diberi borang salah laku...pheww...dan korang tau x kitorang ni terikat dengan akta (hemmhh brapa no dia ntah lupa dah 174 kotttt)..something like that laa...akta tu yang melarang kitorang dari buat ni..buat tu...dan tahukah korang bahawa kitorang ni hnya Ijazah Sarjana Muda Perguruan berbanding student U yang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Senang cita kitorang punya degree ni hanya laku kat Malaysia. So jangan la jeles sangat kalau kitorang dapat elaun ngn kelebihan posting. Untuk pengetahuan kawan2 jugak..kitorang kat sini selama 5 tahun setengah saya ulang 5 TAHUN SETENGAH memang betul2 dilatih untuk jadi guru totally 100%..bila org tanya ja bila nak habis blaja ni..3 taun lg makcik..eh lamanya nak jadi cikgu...dalam hati (hemhh tau pun lama)....okey tutup cerita....cerita banyak pun x boleh faham selagi belum alami sendiri... :) ###


Lepastu sapa kata kerja cikgu ni senang...even aku yang x posting ni lagi pun dan hanya ber PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama seminggu yang kitorang akan buat tiap2 sem selama 4 kali dalam 2 tahun di sekolah, aku rasa kerja cikgu ni cukup penat....bila orang cakap untunglah kerja cikgu balik awal cuti banyak..hehehehhhh....iya ke.....cuba jd cikgu tengok....ikut pengalaman aku lah....cikgu ni bangun pg pegi sekolah..mengajar anak murid sampai tengah hari..lepas tu buat kerja ala2 kerani (key in markah budak *p/s:benda ni key in online dan yang aku tahu sangat leceh sebab line selalu busy*)fuhhh...okey key in punya kerja sampai pkul 2-3 petang...pastu balik rumah..yang dah kawin for sure la kan nak kena masak untuk family.. (yang bujang pun kna masak gak-kalau rajin lah)...pastu layan family smpai malam kena buat RPH (rancangan pengajaran harian) untuk esok hari...untuk pengetahuan korang RPH ni hari2 kena buat tau....ingat cikgu main bantai je ke ajar murid2 hari2...pastu tahukah korang bahawa cikgu perlu memerah otak untuk pikir RPH yang nak dibina tu..phewww~~~...lepas siap RPH kena tnda buku budak lagi (macam dalam cerita P.Ramlee masam2 manis tu)..dah habis kerja baru boleh tutup lampu dan tidur..haaa agak2 lah dah pukul berapa tu...mau pukul 11-12 malam..pastu esok pagi pukul 6 dah kena bangun pergi sekolah....haaaaa cuba bayang sikit........tu baru cikgu biasa belum jadi guru kelas lagi...

tapi apa2 pun aku memang seronok sebab bakal jadi cikgu...tengok muka anak2 murid yang comel2 tu buat aku jadi tenang je...profession guru ni pun satu yang mulia kan...bangga ni...hehe...oleh itu konklusinya hormatilah guru anda...dan SELAMAT HARI GURU... =)

Sabtu, 2 Mac 2013

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Kadang - kadang melalui cara wanita berjalan pun kita boleh tahu rahsia dan personalitinya...jom tengok rahsia wanita dengan cara mereka berjalan....






1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



4. Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.




5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.



6. Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.



7. Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




p/s : boleh baca boleh tengok...tapi jangan percaya 100%...mana tau dia jalan macam tu sebab kaki sakit ke....kehkeh... =)



credit to : blogammar


Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan:
Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..

 Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

(1) Ok. Fine!


Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit


Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
(3) Tak ada apa-apa


Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!


Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
(5) Keluhan kuat


Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
(6) Tak apa lah


Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
(7) Terima kasih


Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)


Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat


Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

credit to : blogammar

Rabu, 27 Februari 2013

Rindu

sapa yang x pernah hilang orang yang dia sayang kan..tp saya hilang orang yang x dapat diganti seumur hidup...orang tengok saya senyum mesti ingat saya dah lupa kan..tak....saya sangat rindu..hari2 rindu..kadang2 bila saya senyum saya gelak saya terlupa "dia" dah takda..bila saya tersedar yang "dia" dah tiada di dunia saya sedih...tak pernah sekali pun bila saya sedar tak menitis air mata ni...saya plg rapat dengan "dia". tak da siapa mampu ganti tempat dia. dia hadiah terbaik dari Allah s.w.t yang pernah saya dapat...terima kasih Ya Allah Kau kurniakan dia padaku walau tidak selama yang kuimpikan...senyum dia...suara dia...hangatnya tangan dia tak pernah saya lupa...tak pernah saya lupa walau sedetik..dia yang mengandungkan..melahirkan..membesarkan saya dengan dua tangannya yang hangat...tak mungkin boleh saya lupa...mungkin kerana dia terlalu baik untuk hidup di dunia yang penuh dengan ranjau ni sebab tu dia diambil awal...saya pernah dengar orang cakap..orang baik memang akan selalu pulang awal kepadaNya..betul ke..??kalau betul alhamdulillah...moga dia tunggu saya kat syurga nanti....saya rapat sangat dengan dia...saya tak pernah ada kawan baik sebaik dia..saya tak pernah ada orang yang memahami saya seperti dia...dia kawan..dia pelindung..dialah penjaga di dunia yang terbaik...peritkan bila kita kehilangan orang mcam ni...hakikatnya di sekeliling saya riuh tapi di hati saya sunyi...selama ni hidup saya hanya untuk dia...apa saya buat semua untuk dia...tapi bila dia dah takda..??saya lost...hilang arah tuju...mungkin orang pernah dengar kasih ibu hingga ke syurga..kasih ayah ke hujung nyawa...tapi kasih sayang anak tak putus sampai bila -bila...seronoknya raya nanti orang beli baju dengan family...pagi raya dengan family....tapi saya....saya hanya mampu pergi ke pusaranya....betapa saya rindukannya....al fatihah untuk mak tercinta......

Sabtu, 15 Disember 2012

AL-FATIHAH

RINDU PADA MAK...YA ALLAH TEMPATKAN ARWAH MAK DI KALANGAN PARA SOLEHAH...SESIAPA YANG MELAWAT KE BLOG INI SAYA MOHON JASA BAIK HANYA UNTUK 1 MINIT SEDEKAHKAN AL FATIHAH KEPADA ARWAH MAK SAYA YANG TELAH PULANG MENGHADAP ILLAHI PADA 9.11.2012 PADA HARI JUMAAT..SEMOGA ARWAH MAK DICUCURI RAHMAT-NYA..AMIN...

Ahad, 19 Februari 2012

Percutian ke Medan, Indonesia.... BAHAGIAN 2

okeyy entri sebelum ni aku da membebel panjang lebar hanya untuk perjalanan 1 hari je...**dasyat kan...rajin pulak aku membebel padahal asignment menimbun..huhh...=.='..**..harini aku sambung lagi pengalaman aku pasal percutian aku tu...hope enjoy.... =)


HARI KEDUA


hari kedua tu awal2 lagi mak dengan nenek aku kejut...bangun2...aduhhh...tensen je...tapi takpe jalan punya pasal..aku bagun...kitorang pergi sarapan dulu kat hotel tu..okey secara jujurnya aku nak komen tekak aku memang tak leh gi lah makanan indon ni...berminyak dan melekit...emm senang cite aku lagi suka makanan Malaysia lahh...heheh...emm lepas sarapan tu kitorang pergi jeti...nak pergi jeti tu kalau jalan tak jauh sangat kot lebih kurang 5 minit je...nak pergi sana kena naik van atau kat sana diorang panggil angkut..angkut ni seorang tambang 2ribu rupiah kalau tak salah aku....kitorang naik angkut tu sampai laa ke jeti untuk pergi ke pulau samosir..dia ada 2 jeti...satu ke tuktuk...satu ke tomok..korang ambil feri yang pergi ke tomok sebab tuktuk tu ade hotel je....oppss lagi satu...kalau kat indon feri angkut orang ni diorang panggil kapal..yang jenis angkut kenderaan tu baru diorang panggil feri...so kalau nak naik cakap korang nak naik kapal yupp... :)..tambang dia pulak kalau tak salah aku seorang 6 ke 7ribu rupiah kot..tak mahal pun...


sampai je kat pulau samosir tu wahhh...gila lahh...da macam tempat shopping...sebenarnya gerai2 kat pulau samosir tu lebih kurang je bentuk macam kedai2 jual baju kat tepi pantai yang korang selalu pergi tu..cuma bezanya kat samosir ni gerai diorang baynak dan rapat2...peniaga2 kat sana pun aku tengok macam terdesak je nak jual barang diorang...kaw2 murah punya harga dia sanggup bagi...ada barang yang aku beli tu 70% diskaun kot..hahh ambik kau...takyah nak tunggu megasale...satu lagi tips kalau nak shopping kat sana..print out laa kertas yang tulis jumlah pertukaran harga rupiah ke rm...contohnya cam ni...
1000rp = rm0.30
10000rp = rm 3.00
15000rp = rm 4.50
bukan ape...buat macam ni senang korang nak minta tawar nanti...dan bagi memastikan korang tak tertipu...kita bajet macam murah je sekali bila kira balik hemm lebih kurang harga kat Malaysia je....mak aku print out kertas macamni lahh..bila nak beli barang je dia akan bawak keluar kertas ni,...memang terbukti senang nak mintak diskaun...heheh....yang bestnya kat sini diorang pulak tanya kita berapa harga yang kita nak untuk beli barang tu...masa tu lah korang bagi harga kaw2 rendah punya..contohnya kalau dia letak harga 50000rp korang mintak sampai 25000 rp..pastu pandai2 laa buat trick kalau dia taknak bagi diskaun korang terus blah...gerenti makcik kedai tu akan panggil korang balik dan bagi harga yang korang nak tu..heheh...**cam drama lak kan tapi ni la realitinya..hahah..**..


emm okeyy..sebelum shopping tu kitorang jalan2 dulu area pulau samosir tu...masa kitorang turun dari kapal ada orang offersebagai tourist guide..ok lahh tak mahal sangat lah....dia yang bawak kitorang keliling pulau samosir tu...1st kitorang pergi rumah orang batak...rumah dorang ni rendah2 je...ada ciri2 minangkabau sikit lahh atap dia 2....kat depan rumah tu pulak ada patung si gale-gale...kalau korang nak tengok dia menari kena masuk duit lah...patung ni ada sejarah dia...patung si gale-gale ni sebenarnya menyerupai anak seorang raja orang dulu..lupalah apa nama raja dia..anak dia ni meninngal..so raja tu sedih sangat2..apa keje pun tak leh buat..pastu pembesar diorang bincang2 dan buat lah patung yang menyerupai anak raja tu..lepas tu ada pawang dipanggil untuk menyeru roh anak raja tu..sebab tu patung tu boleh menari..bila raja tu tengok patung anak dia bergerak2 dia terus jadi happy dan bersemangat balik..tapi tu zaman dululah..sekarang nak tengok patung tu menari kena masuk duit lahh..takde spirit2 nak datang lagi...haha...


lepas tu kitorang g muzium batak...kat sini ada pakaian raja dan permaisuri orang batak...nasib ada tourist guide..dia lahh pakai kan kitorang baju tu...haha...bila da pakai baju tu da macam rupa permaisuri batak pulak..btw baju dia memang lawa...**free je pakai baju tu..heheh**..lepas habis posing2 dengan baju tu kitorang pun bergerak pergi melawat kubur raja-raja orang batak ni...kubur diorang memang besar..tapi kelama-lamaan bila raja tu dah mula ada agama iaitu kristian,,kubur diorang pun dah mula ade unsur2 kristian..nak masuk kawasan kubur ni kena pakai selendang..bukan pakai kat kepala tapi selempang kat bahu...sebagai tanda menghormati...**yang ni masuk free jugak tau..haha..** 


dah habis tu kitorang pun ape lagi shopping lahh....boleh tahan murah2 jugak...dah penat shopping kitorang pun naiklah kapal balik ke jeti....pastu dari jeti kitorang balik ke hotel...malam tu kitorang beli makanan bungkus bawak balik je...beli bungks lagi murah dari makan kat kedai tau..sebab jenis diorang ni bila kita makan kat kedai diorang akan hidang semua jenis makanan..tapi dorang akan kira makanan yang kita ambik jelah...tapi macam susah je kan...so lagi senang korang bungkus je makan kat hotel..makanan die pun lagi banyak..heheh...menu makanan dorang sama je setiap kedai...semua kedai minang@ masakan padang..aku boleh cadang 1 kedai ni..nama kedai dia istana minang...tapi kos makan kat sana agak mahal lahh..kitorang makan 6 orang nak dekat 300000rp = hampir rm 100.00...mhal kan...padahal makan nasi campur je pun...


emm takat tu jelah story aku untuk kali ni...sebab hari ketiga tu kitorang just pusing-pusing kawasan parapat dan pergi lagi sekali pulau samosir..**tok,,maksu dengan mak aku tak puas shopping lagi agaknya..aku jadi mangsa angkut barang...sadiss2...haha..**..okeylah..entri berikutnya aku akan cerita pasal pengalaman aku kat medan pulak...so tunggu entri berikutnya....salam... =)


aduhh ada masalah pulak nak upload gambar...takpelah entri berikutnya aku upload gambar bagi semua tengok okey.. :)


------> akan bersambung a.k.a to be continued  =)


Sabtu, 18 Februari 2012

Percutian ke Medan, Indonesia.... BAHAGIAN 1

Masa cuti haritu aku dengan family pergi jalan-jalan kat medan...ok sangat puas hati dan enjoy sebab 7 hari 6 malam stay sana...memang best....kat sini aku share sikit pengalaman aku masa kat sana....hope enjoy baca dan boleh ambil tips-tips dan pengalaman aku kalau ada siapa-siapa yang berhajat nak pergi sana...




HARI PERTAMA


hari pertama tu seawal pukul 5 lagi kitorang dah bertolak dari rumah pergi airport..flight kitorang pukul 7.45 rasanya camtu kot...**hehe da lupa lahh**..kitorang naik airasia je....tambang dia boleh tahan murah jugak lah....aku pergi dengan parents aku,adik,maksu dan tok alias nenek aku yang voughed2 gitu..heheh....jadi total keseluruhan family aku yang pergi seramai 6 orang al kisahnya,....kitorang pergi sana tak pakai apa-apa pakej pun...kitorang pergi sendiri dan survive sendiri je...mengarut lah ada orang cakap pergi sana kena pergi pakai pakej pergi ramai-ramai sebab bahaya....nonsense lahh...dunia dah maju...orang indon pun dah bertamadun...diorang sama je macam orang Malaysia....lagipun duduk kat sana rasa macam negara sendiri jugak...so kalau sesapa nak pergi sana aku cadangkan pergi sendiri jelah...sebab kosnya lebih murah...pakai pakej mahal kot......beza sangat harga dia... :)




Polonia International Airport....cek mai dah.....heheh...


sampai je kat airport tu terus aku col driver...okey untuk pengetahuan anda-anda....sebelum pergi medan lagi aku dah buat survey pasal sewa kereta dan hotel..jadi tak ada masalah laa bila dah sampai kat sana...aku booked kereta sewa ni melalui online je pun..harga murah je...kitorang sewa kereta avanza..**p/s: kereta avanza tu lah kereta yang paling cikai dan murah untuk disewa kat sana...dasyat kan,..kalau kat malaysia pakai avanza dah boleh kira tahap awal kaya tu...huhu..**..okey berbalik pada harganya...sehari sewa kereta avanza ni termasuk dengan driver dan duit minyak adala 450,000 IDR = 151.89 MYR ....emm boleh tahan lahh tu sebab hari pertama tu aku stay kat danau toba...jauh tu...4jam perjalanan dari medan ke danau toba...pak driver alias pak supir dalam bahasa indonnya yang bawa kitorang ni agak fasih cakap melayu..jadi agak senang lah kitorang nak tanya macam-macam walaupun kadang-kadang tu ada juga miscomunication nya...haha...

setelah 4 jam yang sangat memenatkan dalam kereta tu sampai kitorang tido tak sedarkan diri, kitorang pun sampailah di Parapat...Parapat ni kat Danau Toba...Danau Toba ni salah satu tasik yang terbesar di Dunia..memang sangat-sangat cantik pemandangan tasik ni dari jalan nak pergi tu...sampai je kat parapat kitorang check in kat hotel pandu lakeside parapat. servis hotel ni sangat best...dan harganya murah jugak..kalau tak salah aku satu bilik dalam rm120 kot sekali dengan breakfast untuk 2 orang..**argghh harga dia lupa jugak..aku memang ada masalah la nak mengingat angka2 ni..patut lah tak boleh jadi cikgu math..grr...**..emmhh kitorang ambil 2 bilik..3 orang duduk satu bilik...bilik tu agak besar dan sangat selesa...tepi tasik pulak tu...syok....memang boleh tengok view tasik dari pintu bilik je...kat tepi tasik tu ada di khaskan tempat untuk pelanggan hotel nak mandi-mandi....ada ikan-ikan yang berenang-renang kat tasik tu dengan jumlah yang sangat3 banyak...serius cantik....waktu malam kat situ memang sangat sejuk...macam kat cameron highland kot...sangat dingin dan mendamaikan..**cewahh..heheh**...okey...rasanya entri untuk satu hari ni pun da berjela-jela aku tulis....sambung nanti lahh..okey....

pemandangan danau toba dari atas....


pemandangan tasik dari hotel....


melepak bersama family di pondok yang disediakan oleh hotel....
p/s: cuba teka mana satu "aku" ...jeng3....heheh...


oh daddy ku...berlatar belakangkan hotel..


breakfast time...!!!!! **aduhh lapar dah ni...** =p





------> akan bersambung a.k.a to be continued  =)