Pengikut

Iklan jom.....

Khamis, 27 Oktober 2011

Website FAM Kena Godam Dan Di Gantikan Dengan Gambar Babi

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.
Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.
Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.
Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan


Tatkala ini, jika anda cuba masuk ke laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), apa yang akan anda nampak ialah logo berikut dengan latar belakang berwarna merah....







Dan berikut adalah antara kata-kata mereka yang menggodam laman web rasmi FAM yang dipaparkan di laman web rasmi FAM:

So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je ...

Dan di pengakhirannya ada ditulis lagi berikut:

Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!

Ini adalah kata-kata dan tindakan para 'penyokong' bola sepak tanahair dek kerana tidak bersetuju dengan FAM mengenai kenaikan harga tiket perlawanan akhir.

Apa tindakan FAM selepas ini?

credit untuk azrijohan dan cerita mamat sebab info ni aku copy dari diaorang...



UPDATE: website FAM telah dilepaskan dan kembali normal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan