Pengikut

Iklan jom.....

Sabtu, 11 Mei 2013

Seorang Guru Pelatih dan SELAMAT HARI GURU =)

Iyaaa...aku seorang guru pelatih dan bangga dengan gelaran itu..aku belajar kat Institut Pendidikan Guru Kampus ehem2...(biarlah rahsia)haha...well...selalu gak aku dengar orang cakap student kt ipg ni anak emas kementerian pelajaran la and so on...TAPI....tau tak korang bahawa live guru pelatih kt IPG ni x sama cam korang..ok example..kitorang kena cukupkan kredit hour kalau x ckup x blh masuk exam and kalau x datang kelas even 1 hari pun tnpa sebab akan diberi borang salah laku...pheww...dan korang tau x kitorang ni terikat dengan akta (hemmhh brapa no dia ntah lupa dah 174 kotttt)..something like that laa...akta tu yang melarang kitorang dari buat ni..buat tu...dan tahukah korang bahawa kitorang ni hnya Ijazah Sarjana Muda Perguruan berbanding student U yang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Senang cita kitorang punya degree ni hanya laku kat Malaysia. So jangan la jeles sangat kalau kitorang dapat elaun ngn kelebihan posting. Untuk pengetahuan kawan2 jugak..kitorang kat sini selama 5 tahun setengah saya ulang 5 TAHUN SETENGAH memang betul2 dilatih untuk jadi guru totally 100%..bila org tanya ja bila nak habis blaja ni..3 taun lg makcik..eh lamanya nak jadi cikgu...dalam hati (hemhh tau pun lama)....okey tutup cerita....cerita banyak pun x boleh faham selagi belum alami sendiri... :) ###


Lepastu sapa kata kerja cikgu ni senang...even aku yang x posting ni lagi pun dan hanya ber PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama seminggu yang kitorang akan buat tiap2 sem selama 4 kali dalam 2 tahun di sekolah, aku rasa kerja cikgu ni cukup penat....bila orang cakap untunglah kerja cikgu balik awal cuti banyak..hehehehhhh....iya ke.....cuba jd cikgu tengok....ikut pengalaman aku lah....cikgu ni bangun pg pegi sekolah..mengajar anak murid sampai tengah hari..lepas tu buat kerja ala2 kerani (key in markah budak *p/s:benda ni key in online dan yang aku tahu sangat leceh sebab line selalu busy*)fuhhh...okey key in punya kerja sampai pkul 2-3 petang...pastu balik rumah..yang dah kawin for sure la kan nak kena masak untuk family.. (yang bujang pun kna masak gak-kalau rajin lah)...pastu layan family smpai malam kena buat RPH (rancangan pengajaran harian) untuk esok hari...untuk pengetahuan korang RPH ni hari2 kena buat tau....ingat cikgu main bantai je ke ajar murid2 hari2...pastu tahukah korang bahawa cikgu perlu memerah otak untuk pikir RPH yang nak dibina tu..phewww~~~...lepas siap RPH kena tnda buku budak lagi (macam dalam cerita P.Ramlee masam2 manis tu)..dah habis kerja baru boleh tutup lampu dan tidur..haaa agak2 lah dah pukul berapa tu...mau pukul 11-12 malam..pastu esok pagi pukul 6 dah kena bangun pergi sekolah....haaaaa cuba bayang sikit........tu baru cikgu biasa belum jadi guru kelas lagi...

tapi apa2 pun aku memang seronok sebab bakal jadi cikgu...tengok muka anak2 murid yang comel2 tu buat aku jadi tenang je...profession guru ni pun satu yang mulia kan...bangga ni...hehe...oleh itu konklusinya hormatilah guru anda...dan SELAMAT HARI GURU... =)

Sabtu, 2 Mac 2013

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Kadang - kadang melalui cara wanita berjalan pun kita boleh tahu rahsia dan personalitinya...jom tengok rahsia wanita dengan cara mereka berjalan....






1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



4. Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.




5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.



6. Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.



7. Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




p/s : boleh baca boleh tengok...tapi jangan percaya 100%...mana tau dia jalan macam tu sebab kaki sakit ke....kehkeh... =)



credit to : blogammar


Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan:
Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut..

 Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan

(1) Ok. Fine!


Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit


Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
(3) Tak ada apa-apa


Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!


Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
(5) Keluhan kuat


Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
(6) Tak apa lah


Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
(7) Terima kasih


Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)


Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat


Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

credit to : blogammar

Rabu, 27 Februari 2013

Rindu

sapa yang x pernah hilang orang yang dia sayang kan..tp saya hilang orang yang x dapat diganti seumur hidup...orang tengok saya senyum mesti ingat saya dah lupa kan..tak....saya sangat rindu..hari2 rindu..kadang2 bila saya senyum saya gelak saya terlupa "dia" dah takda..bila saya tersedar yang "dia" dah tiada di dunia saya sedih...tak pernah sekali pun bila saya sedar tak menitis air mata ni...saya plg rapat dengan "dia". tak da siapa mampu ganti tempat dia. dia hadiah terbaik dari Allah s.w.t yang pernah saya dapat...terima kasih Ya Allah Kau kurniakan dia padaku walau tidak selama yang kuimpikan...senyum dia...suara dia...hangatnya tangan dia tak pernah saya lupa...tak pernah saya lupa walau sedetik..dia yang mengandungkan..melahirkan..membesarkan saya dengan dua tangannya yang hangat...tak mungkin boleh saya lupa...mungkin kerana dia terlalu baik untuk hidup di dunia yang penuh dengan ranjau ni sebab tu dia diambil awal...saya pernah dengar orang cakap..orang baik memang akan selalu pulang awal kepadaNya..betul ke..??kalau betul alhamdulillah...moga dia tunggu saya kat syurga nanti....saya rapat sangat dengan dia...saya tak pernah ada kawan baik sebaik dia..saya tak pernah ada orang yang memahami saya seperti dia...dia kawan..dia pelindung..dialah penjaga di dunia yang terbaik...peritkan bila kita kehilangan orang mcam ni...hakikatnya di sekeliling saya riuh tapi di hati saya sunyi...selama ni hidup saya hanya untuk dia...apa saya buat semua untuk dia...tapi bila dia dah takda..??saya lost...hilang arah tuju...mungkin orang pernah dengar kasih ibu hingga ke syurga..kasih ayah ke hujung nyawa...tapi kasih sayang anak tak putus sampai bila -bila...seronoknya raya nanti orang beli baju dengan family...pagi raya dengan family....tapi saya....saya hanya mampu pergi ke pusaranya....betapa saya rindukannya....al fatihah untuk mak tercinta......